Pengurusan murid di sekolah mempunyai 3 bahagian iaitu Rekod murid, kesediaan belajar dan motivasi.
Sebelum ini, rekod pelajar disimpan di dalam kad rekod persekolahan pelajar yang mempunyai dua kod menurut ikhtisas KPM bil 9/1978: Kad Rekod Persekolahan ( Pupil's Cumulative Record Card) iaitu 001R (Warna Kuning) untuk pelajar sekolah rendah manakala kod 001M ( Warna biru ) untuk pelajar sekolah menengah. Kandungan yang terdapat di dalam kad ini ialah Rekod peribadi, keputusan peperiksaan, bantuan persekolahan, minat dan kecenderungan, rekod kesihatan dan rekod penyakit kronik.
Pada 1 Januari 2017, penggunaan kad rekod pelajar telah dimansukhkan menurut pekeliling ikhtisas KPM bil 1/2017 : Pemansuhan kad rekod persekolahan 001R dan 001M dan digantikan dengan Aplikasi pangkalan Data murid (APDM) menerusi talian. Rekod murid ini dipertanggungjawabkan kepada guru kelas untuk mengisi dan mengemaskini segala yang berkaitan. Rekod pelajar ini untuk memantau kemajuan murid dan mengenalpasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik dan kehadiran. Rekod ini juga penting bagi memastikan pelajar yang memerlukan bantuan kewangan mahupun bimbingan khas.
Kesediaan belajar untuk murid dipengaruhi oleh tiga aspek iaitu kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir serta perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Manakala kesediaan afektif pula seperti sikap, keinginan, minat, nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Dan kesediaan psikomotor pula penguasaan fizikal termasuklah perkembangan fizikal merangkumi fungsi seluruh anggota dan bergantung kepada kesediaan kognitif dan afektif pelajar.
Motivasi pelajar pula dipengaruhi oleh dua teknik iaitu teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik. Teknik intrinsik merupakan dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang tanpa mengharapkan ganjaran. Ia berkaitan dengan sifat semula jadi seoseorang dengan unsur sedia ada dalam proses pembelajaran. Manakala teknik ekstrinsik ini melalui rangsangan luar yang bertujuan memberi pertolongan dan semangat serta kemudahan untuk pelajar untuk belajar.
Kesimpulannya, guru perlu untuk memahami dan menjalankan tanggungjawab pengurusan murid di sekolah tanpa rungutan dan keluhan kerana sudah menjadi peranan guru untuk mengenali siapa pelajar kita dan membantu mereka mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan