Berdasarkan akbar di atas, rak yang menempatkan asid telah runtuh menyebabkan balang asid tumpah sebanyak 4 liter di makmal sains Sekolah Menengah StGabriel, Jalan Perwira, Kuala Lumpur. Pasukan bomba dan Penyelamat telah dihubungi oleh sekolah tersebut. Pasukan HAZMAT iaitu pasukan bomba yang menangani bahaya kimia telah datang di sekolah tersebut untuk meneutralkan acid yang tumpah iaitu Phosphorus, Nitrium, Sodium dan Lithium. Pasukan HAZMAT juga mengasingkan cecair kimia tersebut.
Bilik makmal merupakan salah satu bilik pembelajaran yang digunakan pakai untuk menjalan sesi pengajaran dan pembelajaran. Soal keselamatan bilik makmal perlu dititikberatkan kerana di situ menempatkan pelbagai cairan kimia yang mungkin mengundang bahaya kepada pelajar mahupun guru.
Guru kanan bidang sains dan matematik merupakan individu yang bertanggungjawab untuk merancang suasana di dalam makmal sains. Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru tersebut ialah menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan eletrik, gas, air, kerusi, dan lain-lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. Selain itu, guru tersebut juga perlu untuk merancang dan menyediakan pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan, peraturan keselamatan, latihan kecemasan dan kebakaran, memastikan kit pertolongan cemas lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya.
Oleh itu, Guru yang bertanggungjawab di dalam bilik pembelajaran tidak kira di bilik makmal, bengkel kemahiran dan bilik seni memainkan peranan yang besar dalam memastikan keadaan yang selamat dan terjaga serta memastikan segala peraturan diikuti bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam pembelajaran di bilik pembelajaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan