Berdasarkan akhbar di atas, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menyarankan sekolah pelbagai aliran di negara ini mengadakan program atau aktiviti silang budaya bagi mencorak pemikiran generasi masa depan. Aktiviti seperti pertukaran murid dan guru, bermain sukan dan persembahan budaya secara bersama, boleh menjadi penawar kepada masalah atau isu perhubungan antara kelompok masyarakat yang berbeza di Malaysia. Beliau berkata "Saya ingin melihat lebih banyak aktiviti silang budaya melihatkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, dan Sekolah Agama perlu diadakan, bagi kita memahami satu sama lain."
Pengurusan pelbagai budaya di sekolah merupakan proses atau stratergi pendidikan yang melibatkan lebih dari satu budaya yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya ini boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tak formal. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya.
Di dalm pengurusan pelbagai budaya di sekolah, guru merupakan individu yang bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Pemahaman terhadap budaya bangsa lain amat penting untuk mewujudkan sikap saling menghormati dan menerima di antara satu sama lain. Guru wajarlah memahaminya terlebih dahulu untuk diserap kepada diri pelajar kemudiannya. Guru juga tidak boleh ada sikap prejudis dalam diri terhadap pelajar yang berlainan bangsa dan agama agar sikap toleransi mampu dicapai di dalam sekolah yang mempunyai pelbagai budaya.
Perpaduan kaum di sekolah dapat dicapai dengan menubuhkan kelab rukun negara, kem perpaduan dan program silang budaya. Berdasarkan akhbar di atas Menteri pendidikan memberi penekanan kepada program silang budaya. Program ini memberi pengalaman kepada pelajar untuk merasai tradisi dan aktiviti yang ada pada bangsa lain. Perkara ini mendatangkan sikap keterbukaan dan saling mengetahui mengenai pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
Oleh itu, sekolah wajarlah merancang dan menggerakkan program-program yang mampu untuk menyatupadukan murid pelbagai kaum di sekolah. Sekolah merupakan tempat yang utama untuk memupuk kesepaduan dan kesejahteraan kaum agar semua kaum di Malaysia hidup dalam harmoni tanpa ada sikap prejudis sesama sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan