Keratan akhbar di atas adalah berkenaan dengan Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan dan Tokoh Nilam peringkat WPKL di Kuala Lumpur. Di dalam majlis tersebut, beberapa orang pelajar telah terpilih untuk mendapat anugerah Tokoh Nilam. Majlis yang dijalankan itu, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Ismail Musa telah berkata bahawa transfomasi pelajar perlu bermula dengan guru untuk menjadi suri teladan kepada murid. Beliau berkata lagi, Perubahan dalam diri pelajar adalah bermula daripada guru di sekolah, justeru jadikan pembaharuan positif ini sebagai contoh terbaik kepada pelajar seterusnya mewujudkan suasana kondusif di setiap sudut sekolah termasuklah bilik guru dan Pusat Sumber Abad ke -21. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah berkenaan dengan pengurusan bilik sumber iaitu bilik perpustakaan dan media yang menjadi medium kepada pelajar untuk mengesan dan mengasah bakat yang ada dalam diri mereka. Bilik sumber bukan sekadar tempat untuk pelajar mendapatkan bahan rujukan malah sebagai agen perubahan untuk kemajuan diri pelajar. Contoh yang terdapat di dalam artikel ini ialah bahagian pusat sumber sekolah mengadakan pertandingan Nilai mengikut kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, seharusnya juga Pusat sumber sekolah ditranfomasikan kepada yang lebih menarik agar dapat menarik minat pelajar untuk mengunjunginya dan melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing justeru dalam hal ini guru perpustakaan dan media merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk menjadikan pelajar insan yang lebih berdaya saing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan