Rabu, 5 Jun 2019

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran




Di atas merupakan surat pekeliling ikhtisas bil 3/1999. Ia bertujuan untuk memansuhkan surat pekeliling Kementerian Pendidikan 256: Buku Rekod Mengajar Guru bertarikh 1 Julai 1963. 

Berdasarkan pekeliling 256, terdapat amalan memasukkan maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ke dalam buku rekod mengajar guru sehingga mengubah tujuan sebenar buku rekod guru itu diadakan. 

Pekeliling yang diwartakan ini, rekod pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengandungi dua unsur sahaja iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan. Rancangan ini secara ringkas mengandungi isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan kementerian pendidikan. Unsur yang seterusnya ialah Rancangan pelajaran harian iaitu merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu dicapai. 

Rekod pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan teknologi semasa. Buku ini perlulah diuruskan dengan baik dan perlu diserahkan kepada pihak atasan dengan serta merta apabila dikehendaki berbuat demikian. 

Berdasarkan pekeliling di atas, guru perlulah menguruskan buku rekod pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan berobjektif. Perkara ini adalah untuk memastikan pelajaran yang diajar itu mencapai matlamat yang dikehendaki. Setiap guru harus untuk menguruskan buku rekod ini dengan baik kerana ianya akan disemak oleh pihak atasan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan