Artikel di atas berkenaan dengan kepentingan pengurusan ko-kurikulum yang berkesan kepada diri pelajar. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mahu pihak sekolah dan ibu bapa bekerjasama dalam usaha membentuk sahsiah pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta menjadi kebanggaan keluarga dalam akademik dan ko-kurikulum.
Pengarah Pendidikan negeri Shaari Osman berkata, pihaknya memandang serius masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan kerjasama dua pihak adalah landasan terbaik membentuk keyakinan diri mereka melalui pembabitan aktiviti ko-kurikulum.Beliau berkata, tumpuan utama bukan sahaja terletak pada bidang akademik semata-mata malah aktiviti ko-kurikulum adalah jalan terbaik pembentukan pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa depan.
Tegasnya lagi, Ibu bapa dan guru perlu bergandingan bahu serta mengambil sikap ambil tahu pelajar baik di sekolah mahupun di rumah bagi mengelak mereka merasa terbiar atau tersisih malah pemberian atau pengiktirafan seperti hadiah dilihat satu langkah terbaik supaya mereka lebih bersemangat.
Ulasan daripada artikel di atas ialah ko-kurikulum merupakan salah satu cabang untuk pelajar menonjolkan kebolehan diri dan meningkatkan disiplin dalam diri. Melalui aktiviti ko-kurikulum ini juga dapat membolehkan pelajar menimba sesuatu ilmu yang baharu yang akan meningkatkan kesejahteraan diri. Selain itu, keupayaan dan minat setiap pelajar adalah berbeza. Melalui aktiviti ko-kurikulum yang berkesan dapat mengesan bakat yang terdapat di dalam diri pelajar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan