Di atas merupakan surat pekeliling ikhtisas bil 3/2004 iaitu memperkasakan pendidikan pencegahan di sekolah. Sekolah merupakan institusi penting dalam melahirkan masyarakat yang bebas daripada dadah. Dalam usaha memperkasakan Pendidikan pencegahan dadah, sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksankannya melalui empat strategi utama. Strategi yang dimaksudkan ialah melalui pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
Komponen pengurusan yang perlu dilakukan bagi menjayakan program pendidikan pencegahan dadah ini antaranya ialah menubuhkan jawatankuasa induk PPDa di peringkat negeri, daerah/bahagian dan sekolah. Kemudian, menubuhkan jawatankuasa pelaksana PPDa di sekolah peringkat sekolah. Seterusnya, menyenaraikan peranan/tugas jawatankuasa pelaksana PPDa. Selepas itu, merancang dan melaksanakan program di sekolah dan membuat pemantauan dan penilaian serta menyediakan laporan.
Matlamat PPDa ini ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru-guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa akan bahaya dadah. Pihak sekolah perlu menggunakan buku panduan pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah oleh bahagian sekolah sebagai panduan untuk pengurusan program/aktiviti PPDa di sekolah.
Daripada pekeliling di atas dapat disimpulkan bahawa pihak KPM memandang berat tentang kes dadah di sekolah. Pekeliling yang diwartakan ini merupakan wasilah kepada pihak sekolah khususnya guru untuk menjalankan program dan aktiviti yang terancang serta berkesan dalam memastikan setiap pelajar bebas daripada gejala dadah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan