Insan yang saya kagumi di kelas kps ialah Nur Mardhiah Binti Mohd Kamal. Dia merupakan rakan sekumpulan saya, berasal daripada Pahang dan memiliki senyuman manis. Mar merupakan pelajar ISMP Geografi, semester 2. Saya kagum kepadanya kerana dia merupakan seorang pelajar yang tersangat rajin. Apabila kami mendapat sesuatu tugasan, dia akan terus cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dia juga selalu menawarkan diri dia untuk membantu menyiapkan kerja kami. Dalam menyelesaikan tugasan, kami membahagikan kerja kami dan Mardhiah lah kebiasaannya orang pertama yang akan menyiapkan bahagiannya. Sangat rajin. Mardhiah juga seorang yang sangat baik, lembut dalam memberikan idea untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Dikesempatan ini, saya juga ingin menceritakan tentang kumpulan saya selamat satu semester dalam menyiapkan tugasan KPS 3014 ini, mereka merupakan kumpulan yang paling baik dan sangat sangat memberikan kerjasama serta setiap ahli sangat rajin. Kami tidak pernah ada konflik dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Malah kami menjadi kawan yang rapat walaupun berbeza kos. Saya sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
Akhir sekali, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah kami, Cik Izozal Binti Idris, pensyarah yang paling sporting yang pernah saya jumpa. Terima kasih miss kerana sentiasa memahami dan menghiburkan kami semua di dalam kelas miss :)




